Buletin
Shaheizy Sam bakal kembali dengan "Polis Evo 3"


Tarikh disiarkan: 26 Julai 2019


Sam mahu ajak peminat turut serta dalam program 20 hari untuk turunkan berat badan.

26 Jul – Pelakon popular Shaheizy Sam bakal kembali beraksi di hadapan kamera untuk filem aksi terbarunya iaitu "Polis Evo 3" tidak lama lagi.

Berikutan itu, Shaheizy atau lebih mesra dengan panggilan Sam kini mahu kembali aktif bersenam untuk menurunkan berat badannya dan kembali mendapatkan bentuk tubuh yang ideal seperti filem terdahulunya "Polis Evo 2".

Bagaimanapun pelakon itu tidak mahu melakukan sendirian, sebaliknya mengajak 30 peminat bertuah untuk menyertainya menerusi program 20 Days Challenge.

"Ketika saya menjalani penggambaran filem "Polis Evo" dan "Polis Evo 2", ramai bertanya tentang rutin senaman dan diet yang saya amalkan. Jadi, alang-alang saya mahu kembali ke rutin senam sebelum ini, saya bercadang untuk bersenam dengan peminat.


"Selain mahu berkongsi perihal kesihatan, saya juga ingin melihat peserta yang terlibat kelak dapat melakukan apa yang dikongsi walaupun tanpa ketiadaan saya," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Tambah Sam lagi, programnya itu bukan hanya sekadar diet dan senaman, tetapi lebih kepada menjalani gaya hidup yang sihat.

Sam sebelum ini memuat naik beberapa video di laman sosial Instagram miliknya dengan mengajak peminatnya untuk bersenam bersamanya.

(Sumber foto: Shaheizy Sam Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)
Polis Evo 2 (Melayu) (22 November 2018)
ADNAN SEMPIT (Melayu) (14 Januari 2010)





Ticket Pricing Guide