Buletin
Sanjay Gupta dedah barisan pelakon "Mumbai Saga"


Tarikh disiarkan: 18 Jun 2019


Barisan pelakon filem aksi gengster "Mumbai Saga".

18 Jun – Sebelum ini peminat telah didedahkan bahawa John Abraham dan Emraan Hashmi akan membintangi sebuah filem gengster terbaru.

Baru-baru ini, pengarah Sanjay Gupta telah mengumumkan bahawa Jackie Shroff, Suniel Shetty, Prateik Babbar, Gulshan Grover, Rohit Roy dan Amole Gupte akan turut membintangi filem tersebut.

Berlatar belakang zaman 80-an dan 90-an, filem berjudul "Mumbai Saga" itu diinspirasi berdasarkan kisah benar yang mengubah bandar Mumbai.

Sanjay yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-25 dalam industri hiburan akan tampil sebagai pengarah filem aksi berkenaan.


"Terdapat 17 buah filem yang dibikin selama 25 tahun, kini saya ingin memberikan penonton sesuatu yang lebih besar dan baik.

"Setakat ini, "Mumbai Saga" merupakan filem harapan tinggi saya yang memerlukan penerbit yang berwawasan," ujar Sanjay menerusi laporan yang dipetik dari TheIndianExpress.

Tambahnya lagi, dia berasa gembira apabila Bhushan Kumar telah memberi sokongan serta menyumbangkan tenaga dalam menerbitkan filem tersebut.

Bhushan juga mengatakan "Mumbai Saga" merupakan filem gengster pertama mereka dimana Sanjay layak untuk mengarahnya.

Diterbitkan di bawah syarikat produksi T-Series dan White Feather Films, "Mumbai Saga" bakal menemui penonton pada 2020.

(Sumber artikel: The Indian Express)
(Sumber foto: Hindustan Times)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide