Buletin
Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"


Tarikh disiarkan: 22 September 2019


Sanjay Dutt dikatakan telah menawarkan watak polis kepada
Tiger Shroff bagi sekuel filem "Khalnayak".

22 Sep – Dalam pada Sanjay Dutt mempromosikan filem politik "Prasthanam" di Dubai, aktor veteran itu turut mengumumkan bahawa syarikat produksi miliknya akan membikin sekuel bagi filem "Khalnayak" 1993.

Seperti yang dilaporkan dalam laporan Firstpost, filem itu merupakan salah sebuah filem terbaik dilakonkan oleh Sanjay di mana wataknya juga menjadi kegemaran ramai dan ikonik.

Namun, perkara yang paling menjadi kontroversi adalah ketika tayangan filem itu, Sanjay berada di dalam penjara kerana sabit kesalahan memiliki senjata haram.


Dalam pada itu, Sanjay dikatakan telah memberi tawaran kepada bintang aksi, Tiger Shroff, untuk membintangi sekuel tersebut sebagai watak seorang anggota polis.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak lain tetapi kami akan membikin sekuel kepada "Khalnayak" di bawah Sanjay S Dutt Productions.

"Kami masih dalam proses perbincangan dan telah memberi tawaran kepada Tiger Shroff untuk membintanginya," dedah Sanjay.

Buat masa ini, dia masih berbincang dengan pengarah filem pertama, Subhash Ghai, untuk membeli hak cipta rasmi filem itu namun Ghai tidak bercadang untuk menjualnya.

Filem "Khalnayak" turut dibintangi oleh Anupam Kher, Ramya dan Neena Gupta. Filem klasik itu telah melayakkan Sanjay untuk memenangi anugerah Filmfare bagi kategori Aktor Terbaik.

(Sumber foto: Magzter)

(Sumber artikel: Firstpost)

Penulis: Nisa Irina