Shaheizy Sam kesal namanya diguna tanpa izin | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shaheizy Sam kesal namanya diguna tanpa izin

Penulis: Ashraf Nasser


Shaheizy Sam berharap dengan laporan polis yang dibuat dapat jelaskan keadaan
sebenar kepada orang ramai.

10 Jul – Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa kesalnya apabila namanya telah digunakan tanpa izin untuk satu aktiviti pelaburan mata wang digital.

Berikutan itu, Shaheizy yang lebih mesra dengan panggilan Sam telah membuat satu laporan polis mengenai perkara itu.

"Laporan polis dibuat sebagai pencerahan saya tidak pernah terbabit dengan aktiviti pelaburan mata wang digital yang diiklankan pihak berkenaan.

"Sudahlah menggunakan nama saya tanpa izin, mereka (pihak itu) juga memfitnah dengan mendakwa saya muflis dan berjaya bangkit menerusi pelaburan terbabit," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut pelakon "Polis Evo 2" itu, dia sememangnya tahu mengenai kewujudan aktiviti pelaburan mata wang digital itu tetapi tidak pernah ambil peduli sehinggalah ada pihak media menghubunginya bagi bertanyakan mengenai perkara itu.

Sam turut menegaskan dia langsung tidak terlibat dengan kegiatan pelaburan mata wang digital itu dan berharap dengan laporan polis yang dibuat dapat menjelaskan kepada semua orang supaya tidak terpedaya dengan aktiviti pelaburan mata wang digital itu.

(Sumber foto: Shaheizy Sam Instagram)

Cinema Online, 10 Jul 2019

Filem Berkaitan:
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Pinjamkan Hatiku (Malay) (30 Nov 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan