Shaheizy Sam mahu lebih masa bersama keluarga | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shaheizy Sam mahu lebih masa bersama keluarga

Penulis: Nisa Irina


Shaheizy Sam lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga.

15 Jul – Pelakon Shaheizy Sam berkata kini dia ingin lebih memberi tumpuan terhadap keluarga tercinta lebih-lebih lagi selepas kehadiran cahaya mata kedua.

Sehubungan dengan itu, Sam mengakui tumpuannya terhadap soal kerjaya telah berubah dan akan bersikap selektif dalam menerima tawaran berlakon pada masa akan datang.

"Memandangkan banyak filem dengan pelbagai genre sudah saya lakonkan sebelum ini, sekarang saya kena lebih teliti memilih.

"Saya akan pastikan jalan cerita dan watak dilakonkan nanti menarik dan membawa impak dalam lakonan dipersembahkan," ujarnya menerusi laporan yang dipetik dari Harian Metro.

Pemilik nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad itu ingin memastikan watak yang dibawa pada masa akan datang lebih menarik dan berlainan dari sebelumnya serta dapat memberi impak kepada para penonton.

Baru-baru ini, nama Sam terpalit dengan kes fitnah yang mendakwanya pernah muflis dan melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan mata wang digital.

Akibat kesal dengan perkara itu, Sam telah membuat laporan polis serta menegaskan bahawa dia tidak pernah terlibat dengan aktiviti tersebut.

Beralih ke perkembangan terbaru, Sam akan kembali ke set penggambaran filem aksi namun buat masa ini masih belum ada butiran lanjut yang dikongsikan kerana projek itu masih berada dalam proses perbincangan.

Selain itu, Sam yang kali terakhir dilihat menerusi filem "Polis Evo 2" bakal muncul dalam sebuah filem aksi arahan Bront Palarae berjudul "Dawn Raid: The Hand That Rattled The Queen".

(Sumber foto: Shaheizy Sam Instagram)

Cinema Online, 15 Jul 2019

Filem Berkaitan:
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Pinjamkan Hatiku (Malay) (30 Nov 2017)
Interchange (MIFFEST) (Malay) (28 Feb 2017)


Waktu Tayangan