Buletin
Shahid Kapoor akui tidak tonton sesetengah filem lakonannya


Tarikh disiarkan: 24 Jun 2019


Shahid Kapoor tak sabar tunggu tayangan filem terbarunya "Kabir Singh".

22 Jun – Aktor Shahid Kapoor mendedahkan dia tidak akan menonton sesetengah filem lakonnya sendiri kerana tidak mahu membuang masanya.

Shahid berkata demikian kerana dia kini bersikap selektif terhadap filem yang mahu ditontonnya termasuklah filemnya sendiri.

"Sebelum ini saya tonton sahaja apa-apa filem, tetapi kini saya sangat selektif terhadap apa yang saya mahu tonton.

"Malah beberapa filem lakonan saya sendiri juga saya tidak tonton kerana merasakan tidak menepati apa yang saya mahu. Kadang-kala saya menonton filem dan menyedari ia bukanlah jenis filem yang saya akan tonton di pawagam," ujarnya yang dipeti dari Bollywoodlife.

Dalam pada itu, Shahid berkata dia mula jatuh cinta dengan filem Hindi selepas menonton filem "Pyaasa" dan "Sahib Bibi Aur Ghulam" yang sehingga kini menjadi kegemarannya.


Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Shahid tidak sabar menunggu tayangan filem terbaru lakonnnya berjudul "Kabir Singh" bergandingan dengan Kiara Advani.

Filem tersebut adalah 'remake' dari filem Telugu popular berjudul "Arjun Reddy" yang dibintangi oleh Vijay Deverakonda dan Shalini Pandey.

"Kabir Singh" akan menemui penonton pada hari ini iaitu 21 Jun.

(Sumber: Bollywoodlife)
(Sumber foto: Times of India)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide