Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah naskhah unik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah naskhah unik

Penulis: Ashraf Nasser


Shahid Kapoor terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana tertarik dengan watak Kabir Singh.

14 Jun – Pelakon Shahid Kapoor mendedahkan filem terbaru lakonannya "Kabir Singh" yang bakal menemui penonton pada 21 Jun ini adalah sebuah naskhah yang unik.

Shahid berkata demikian kerana percaya watak Kabir dalam filem itu ada dalam diri setiap orang.

"Perkara itu membuatkan saya tertarik untuk bintangi filem ini. Saya percaya terdapat Kabir Singh dalam setiap orang. Oleh sebab itu ramai yang boleh mengaitkannya dengan mudah," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.

Ia berkisarkan mengenai pemuda bernama Kabir, seorang pelajar tahun akhir medikal yang jatuh cinta dengan Preeti, junior-nya di kolej yang dibintangi oleh Kiara Advani.

Selain Shahid dan Kiara, filem arahan Sandeep Vanga ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Arjan Bajwa, Suresh Oberoi, Adil Hussain dan ramai lagi.

"Kabir Singh" adalah sebuah filem 'remake' dari filem Telugu popular berjudul "Arjun Reddy" yang dibintangi oleh Vijay Deverakonda dan Shalini Pandey sebagai peneraju.

(Sumber foto: India Today)

Cinema Online, 14 Jun 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan