Shahid Kapoor disahkan terajui 'remake' "Jersey" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shahid Kapoor disahkan terajui 'remake' "Jersey"

Penulis: Nisa Irina

Shahid Kapoor menjadi pilihan utama pengarah untuk membintangi
Shahid Kapoor menjadi pilihan utama pengarah untuk membintangi "Jersey" versi Hindi.

15 Oct – Segala spekulasi mengenai 'remake' filem "Jersey" pada Jun lalu akhirnya terjawab apabila aktor Shahid Kapoor disahkan untuk menerajui filem tersebut.

Berita itu telah disahkan oleh pengarah asal filem Telugu tersebut, Gowtam Tinnanuri, yang juga akan mengarah filem berkenaan dalam versi Hindi.

"Saya tidak sabar untuk menghasilkan filem saya "Jersey" dalam versi Hindi dan menayangkannya kepada penonton seluruh negara (India).

"Tidak ada sesiapa pun yang mampu menggubah semula keistimewaan filem asal selain Shahid Kapoor buat tontonan penonton Hindi," kata Gowtam yang dipetik dari Bollywood Hungama.

"Jersey" versi Telugu mengisahkan tentang Arjun, yang dilakonkan oleh Nani, seorang atlet kriket yang ingin mengejar impiannya dalam sukan kriket India.

Sementara itu, "Jersey" versi Hindi bakal diterbitkan atas kerjasama Allu Aravind, Aman Gill serta Dil Raju. Ia dijangka untuk ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos 2020.

Kali terakhir Shahid dilihat berlakon di layar lebar adalah menerusi filem pecah panggung "Kabir Singh", yang juga merupakan sebuah 'remake' filem Telugu "Arjun Reddy".

(Sumber foto: GQ India)

(Sumber artikel: Bollywood Hungama)

Cinema Online, 15 Okt 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan