Shanaya Kapoor rancang ceburi industri perfileman | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shanaya Kapoor rancang ceburi industri perfileman

Penulis: Nisa Irina

Shanaya Kapoor ingin berlakon dalam filem arahan Karan Johar.
Shanaya Kapoor ingin berlakon dalam filem arahan Karan Johar.

7 Dis– Anak kepada penerbit dan aktor Sanjay Kapoor, Shanaya, menyimpan perancangan untuk mengikut jejak langkah bapanya dalam menceburi industri perfileman Bollywood.

Sehubungan dengan itu, Shanaya turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan Karan Johar dan diperkenalkan sebagai aktres oleh pembikin filem terkenal tersebut.

"Ibu bapa saya menasihatkan untuk menyambung pengajian di Los Angeles atau New York, tetapi saya lebih fokus dalam menceburi industri filem.

"Pembelajaran terbaik yang anda boleh dapat adalah dengan berada di lokasi penggambaran filem. Karan sangat berbakat dan merupakan pengarah paling hebat.

"Saya rasa setiap aktor tidak akan menolak jika ditawarkan untuk bekerja dengannya. Saya akan berasa sangat terharu jika saya diterima dalam salah satu filem arahannya," katanya yang dipetik dari Times of India.

Baru-baru ini, Shanaya yang juga sepupu kepada atkres Janhvi Kapoor, telah membuat debut di acara berprestij Le Bal des Débutantes ke-22 di Paris.

Acara berprofil tinggi itu diadakan pada setiap tahun bagi memperkenalkan 20 orang wanita, berusia dalam lingkungan 16 ke 22 tahun, yang datang dari keluarga berpengaruh dari 12 buah negara.

(Sumber foto: Shanaya Kapoor Instagram)

(Sumber artikel: Times of India)

Cinema Online, 07 Dis 2019


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan