Buletin
Sharifah Amani mahu FINAS selesaikan masalah industri dahulu


Tarikh disiarkan: 20 November 2019

Sharifah Amani tidak bersetuju dengan saranan CEO FINAS yang mahu kerajaan kawal selia Netflix.
Sharifah Amani tidak bersetuju dengan saranan CEO FINAS yang mahu kerajaan
kawal selia Netflix.

20 Nov– Pelakon dan pengarah Sharifah Amani meminta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Ahmad Idham untuk menyelesaikan masalah industri yang sudah lama menyelebungi industri terlebih dahulu.

Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ahmad Idham yang sebelum ini yang mahu kerajaan mengawal selia kandungan digital Netflix.

"Letihlah. Banyak lagi masalah industri perfileman yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan penyelesaian. Isu ini pernah dibangkitkan dahulu, cuma ia kembali diperkatakan berdasarkan perkembangan semasa.


"Lebih baik FINAS cuba selesaikan masalah industri berkaitan royalti, bajet dan sebagainya. Saya buntu dan risau, apa akan jadi jika kita terus berada di takuk lama. Negara lain sudah maju, tetapi kita masih bercakap mengenai isu yang pada saya, remeh dan boleh diselesaikan sendiri oleh masyarakat," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Pekak" itu lagi, isu kawalan isi kandungan digital seperti Netflix tidak perlu dibangkitkan kerana platform penstriman itu sendiri sudah mempunyai tetapan untuk mengawal sendiri isi kandungan yang mahu ditonton.

Malah sekiranya merasakan tidak sesuai untuk tontonan, jangan melanggan.

Selain Sharifah, beberapa artis popular lain seperti Beto Kusyairy, Tony Eusoff dan beberapa lagi turut tampil menyelar dan mempertikai saranan oleh Ahmad Idham yang dianggap sebagai tidak adil dan tidak konsisten.

(Sumber foto: Sharifah Amani Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pekak (Melayu) (1 September 2016)
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Melayu) (25 Oktober 2018)
SEPET (24 Februari 2005)





Ticket Pricing Guide