Sharnaaz Ahmad teruja terlibat dengan siri asal VIU "Devoted" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharnaaz Ahmad teruja terlibat dengan siri asal VIU "Devoted"

Penulis: Ashraf Nasser


Sharnaaz Ahmad berkata penonton kini sudah mula beralih ke naskhah yang mempunyai
jalan  cerita yang memerlukan mereka berfikir.

1 Apr – Pelakon Sharnaaz Ahmad akui teruja apabila mendapat peluang untuk membintangi naskah terbitan platform penstriman VIU buat pertama kali menerusi siri asal "Devoted".

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, penonton dijanjikan pengalaman menonton yang sangat berbeza daripada menonton di televisyen.

"Hal ini kerana, kita sering disajikan dengan drama-drama santai yang subjek utamanya terlalu mudah untuk dihadam. Namun menerusi siri asal terbitan VIU, penonton perlu banyak berfikir dan menganalisis jalan cerita untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Tambah pelakon "Juvana 3: Perhitungan Terakhir" ini, antara faktor yang menyebabkan dia bersetuju untuk terlibat dalam siri asal ini adalah kualiti skrip yang dipersembahkan yang mana dia sebelum ini tidak pernah terfikir dapat berlakon dalam sebuah naskhah yang mengetengahkan kelainan ketara dari segi penceritaan.

"Ketika membaca skrip "Devoted", saya sudah dapat lihat naskhah ini bakal membuka lembaran baharu terhadap kerjaya lakonan saya. Apa yang saya boleh katakan, "Devoted" merupakan sebuah naskhah berkelas tinggi yang mungkin seiring dengan apa dengan karya produksi-produksi dari Singapura dan Thailand."

Malah berpeluang untuk bekerja dengan empat pengarah berbeza turut memberi satu pengalaman yang cukup berharga buatnya.

Selain Sharnaaz, "Devoted" turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Aqasha dan Corrine Adrienne.

Siri asal 10 episod ini sudah pun boleh ditonton di VIU sejak 28 Mac lalu.

(Sumber foto: Sharnaaz Ahmad Instagram)

Cinema Online, 01 Apr 2019

Filem Berkaitan:
Juvana 3: Perhitungan Terakhir (Malay) (29 Sep 2016)
Sindiket (Malay) (06 Apr 2017)
Darah Panas (Malay) (04 Jun 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan