12 Sep – Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya iaitu Noor Nabila selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai baru-baru ini. Dipetik dari Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader yang berkata anak guamnya terdahap permohonan tersebut dan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur iaitu Ahmad Muttaqi Ismail telah memerintah pasangan itu melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini. Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini? Sharnaaz: Betul Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu? Sharnaaz: Tidak Terdahulu, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa telah memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu. Dalam permohonannya Nabila sebagai plaintif telah menyatakan empat alasan perceraian antarannya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Pada masa sama plaintif turut mendakwa hanya menerima nafkah yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebelum walaupun defendan berkemampuan. Terdahulu, pasangan Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden. (Sumber foto: Sharnaaz Ahmad Instagram)