Buletin
Sharnaaz Ahmad enggan ceraikan isteri


Tarikh disiarkan: 12 September 2019


Sharnaaz Ahmad dan isteri diarah lantik pendamai pada 30 September ini.

12 Sep – Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya iaitu Noor Nabila selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai baru-baru ini.

Dipetik dari Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader yang berkata anak guamnya terdahap permohonan tersebut dan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur iaitu Ahmad Muttaqi Ismail telah memerintah pasangan itu melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini.


Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?
Sharnaaz: Betul
Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?
Sharnaaz: Tidak

Terdahulu, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa telah memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu.

Dalam permohonannya Nabila sebagai plaintif telah menyatakan empat alasan perceraian antarannya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Pada masa sama plaintif turut mendakwa hanya menerima nafkah yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebelum walaupun defendan berkemampuan.

Terdahulu, pasangan Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.

(Sumber foto: Sharnaaz Ahmad Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Wangi (Melayu) (5 September 2019)
Dollah Superstar (Melayu) (2 Oktober 2014)
Juvana (Melayu) (24 Januari 2013)