Sharnaaz Ahmad dalam proses perbaiki hubungan dengan isteri | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharnaaz Ahmad dalam proses perbaiki hubungan dengan isteri

Penulis: Ashraf Nasser


Sharnaaz Ahmad kini mahu beri tumpuan pada anaknya yang dimasukkan ke hospital.

21 Mei – Walaupun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah rumah tangga seperti yang didakwa, pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia dan isterinya iaitu Noor Nabila kini dalam proses memulihkan hubungan.

"Saya tidak pernah mengiyakan yang rumah tangga saya mengalami masalah. Tapi apa yang boleh saya katakan, kami sedang melalui proses pemulihan.

"Namun keutamaan sekarang adalah anak saya iaitu Jebat yang kini sedang melalui proses rawatan di hospital akibat penyakit jangkitan saluran kencing," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Pelakon "Sindiket" ini enggan terlalu memikirkan soal tersebut sebaliknya berkata dia reda dan menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah.

Terdahulu, kedua-dua pasangan ini mula menjadi bualan ramai sejak Februari lalu apabila rumah tangga mereka dikatakan sedang goyah.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak langsung tampil untuk membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

(Sumber foto: Sharnaaz Ahmad Instagram)

Cinema Online, 21 Mei 2019

Filem Berkaitan:
Sindiket (Malay) (06 Apr 2017)
Juvana 3: Perhitungan Terakhir (Malay) (29 Sep 2016)
Darah Panas (Malay) (04 Jun 2015)
Gila Baby (Malay) (04 Dec 2014)


Waktu Tayangan