Shilpa Shetty dedah pernah digugurkan dari filem tanpa sebab | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Shilpa Shetty dedah pernah digugurkan dari filem tanpa sebab

Penulis: Ashraf Nasser


Shilpa Shetty tidak putus asa dan terus berusaha sehingga dia berjaya.

23 Mei – Aktres jelita Shilpa Shetty mendedahkan perjalanannya dalam industri filem Bollywood bukan semudah seperti yang disangka, sebaliknya penuh dengan cabaran dan dugaan.

Antara dugaan yang pernah dihadapinya termasuklah namanya digugurkan dari produksi sebuah filem tanpa sebarang alasan munasabah.

Menurut Shilpa, dia memulakan kerjaya seninya apabila membabitkan diri dalam dunia peragaan sebelum diberi peluang untuk membintangi filem pertamanya berjudul "Baazigar" pada tahun 1993.

"Selepas mendapat tawaran berlakon filem pertama saya, saya nekad untuk tidak lagi toleh ke belakang untuk meneruskan kerjaya dalam dunia seni. Tetapi ia bukan semudah seperti yang disangkakan.

"Saya berusia 17 ketika masuk ke dalam industri, saya belum merasai dunia sebenar atau memahami mengenai kehidupan. Dengan kejayaan datang secara tiba-tiba membuatkan saya berasa seperti belum bersedia.

"Selepas membintangi beberapa buah filem kerjaya saya tiba-tiba merosot. Saya sudah cuba sedaya upaya tetapi masih berasa seperti ketinggalan. Malah ada penerbit filem yang menggugurkan nama saya dari filem mereka tanpa sebarang alasan munasabah," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.

Shilpa kemudian telah ambil keputusan untuk 'segarkan dirinya semula' dengan memasuki rancangan realiti TV "Celebrity Big Brother 5" yang mana ia telah memberi impak besar kepadanya.

Kejayaan memenangi rancangan itu bukan sahaja mengubah kerjayanya tetapi juga dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

(Sumber foto: Bollywoodlife)

Cinema Online, 23 Mei 2019

Waktu Tayangan