Buletin
Salman Khan bakal menyanyi buat pertama kali?


Tarikh disiarkan: 20 November 2019

Peminat teruja menanti pengesahan daripada Salman Khan mengenai khabar angin yang mengatakan dia bakal menyanyikan lagu dalam filem terbarunya
Peminat teruja menanti pengesahan daripada Salman Khan mengenai khabar angin yang
mengatakan dia bakal menyanyikan lagu dalam filem terbarunya "Dabangg 3".

20 Nov– Rasanya ramai yang sudah mengetahui bahawa lagu-lagu yang terdapat dalam setiap filem Bollywood bukannya dinyanyikan oleh pelakon itu sendiri, sebaliknya dinyanyi oleh penyanyi lain.

Ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana kita mengetahui bukan semua pelakon mempunyai suara yang lunak untuk menjadi penyanyi dan tidak semua penyanyi mempunyai bakat dalam lakonan, oleh itu gabungan antara pelakon dan penyanyi ini mampu memberikan impak untuk sesebuah filem itu.

Namun kini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bintang terkenal Bollywood iaitu Salman Khan bakal menyanyi lagu untuk dirinya sendiri dalam filem terbarunya berjudul "Dabangg 3".

Sekiranya khabar angin ini benar, maka ia akan menjadi yang pertama buat Salman untuk menyanyi untuk filem lakonannya sepanjang kariernya sebagai pelakon.


"Salman sebelum ini pernah menyanyi untuk Sooraj Pancholi dalam filem filem "Hero" dan untuk Mahesh Manjrekar Marathi filem "FU".

"Tetapi ini akan menjadi pertama kali dia akan menyanyi lagu untuk dirinya dalam "Dabangg 3"," ujar satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Tambahnya lagi, lagu yang bakal dinyanyikan oleh aktor itu bukanlah lagu balada sebaliknya lagu rancak.

Lagu balada atau rancak itu tidak penting kerana bagi peminat Salman Khan apa yang penting adalah aktor kegemaran mereka yang nyanyikan lagu itu.

"Dabangg 3" dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Times of India)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide