Buletin
"Smile Please" tampilkan watak Aditi Govitrikar sebagai doktor


Tarikh disiarkan: 11 Mei 2019


Aditi Govitrikar merupakan satu-satunya doktor yang akan berlakon sebagai
seorang doktor menerusi filem "Smile Please".

11 Mei – Selepas sedekad membuat debut dalam filem Marathi, kini aktres Aditi Govitrikar disahkan akan membintangi sebuah filem baru berjudul "Smile Please".

Memetik laporan dari HindustanTimes, pada tahun 2009, aktres itu pertama kali melibatkan diri dalam industri filem Marathi menerusi filem "Ringa Ringa" arahan Sanjay Jadhav.

Dalam filem "Smile Please", Aditi akan memegang watak sebagai seorang doktor. Filem itu diarahkan oleh pereka fesyen terkenal, Vikram Phadnis.

Aditi bersetuju untuk menerima tawaran itu kerana tertarik dengan skrip filem.

"Skrip diibaratkan sebagai 'hero' bagi sesebuah filem. Saya percaya filem ini akan berjaya mendapat sambutan kerana skripnya yang 'kuat'," ujar aktres kelahiran Pune itu.


Selain berlakon, Aditi juga mempunyai karier sebagai model, doktor perubatan dan psikologi. Tambah menarik, dia merupakan satu-satunya wanita India yang memenangi anugerah "Mrs World".

Ini merupakan kali pertama seorang doktor sebenar berlakon sebagai doktor dalam sebuah filem dan Aditi mengakui dia berasa sangat teruja mendapat peluang ini.

Menurut Aditi, dia dan Vikram telah lama berkawan membuatkan dia lebih senang untuk bekerjasama dengan Vikram memandangkan dia faham apa yang diinginkan oleh pengarah tersebut.

Aditi akan meneraju filem ini bersama barisan pelakon seperti Prasad Oak, Lalit Prabhakar dan Trupti Khamkar.

Sementara itu, Aditi turut akan muncul dengan sebuah filem Hindi terbaru berjudul "Koi Jaane Na" arahan Amin Hajee bersama Kunal Kapoor dan Amyra Dastur serta sebuah drama web bersiri, "Ab Normal".

(Sumber foto: Aditi Govitrikar Instagram)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide