19 Nov– Berita gembira buat peminat hero Bollywood iaitu Shah Rukh Khan apabila dia dilaporkan bakal kembali di layar perak menerusi filem terbarunya tidak lama lagi. Menurut laporan dari Bollywood Hungama, ada sumber yang mendedahkan Shah Rukh Khan bakal terlibat dengan filem berjudul "Sanki" arahan Atlee. Penggambaran filem itu dijangka akan bermula pada Mac 2020. "Pengumuman rasmi mengenai butiran dan judul filem itu akan dibuat sebaik sahaja penggambaran bermula yang mana ia akan berlangsung pada Mac tahun depan.