Buletin
Shah Rukh Khan tiada masalah berlakon guna skrin hijau


Tarikh disiarkan: 17 November 2019

Tabu dan barisan pelakon lain akan mula menjalani penggambaran selama tiga bulan dalam masa terdekat ini.
Tabu dan barisan pelakon lain akan mula menjalani penggambaran selama tiga bulan
dalam masa terdekat ini.

17 Nov– Setelah bintang terkenal Shah Rukh Khan disahkan membuat penampilan 'cameo' dalam filem "Brahmastra", kini dia dilaporkan telah selesai menjalani penggambaran bagi wataknya baru-baru ini.

"Ia merupakan watak yang memerlukan penggunaan kesan visual (VFX) dan Shah Rukh Khan telah menjalani penggambaran menggunakan skrin hijau.

"Jika kebanyakan aktor menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri dengan teknik ini, lain pula bagi Shah Rukh Khan kerana lakonannya berjalan dengan lancar.


"Shah Rukh Khan telah menyertai kru kami beberapa hari selepas hari jadinya pada 4 November dan menjalani penggambaran selama tiga hari berturut-turut," dedah satu sumber terdekat menerusi Mumbai Mirror.

Shah Rukh Khan, yang pernah menggunakan teknik sama dalam filem "Ra.One", "Fan" dan "Zero", dikatakan sangat tertarik dengan pemasangan teknikal di set penggambaran "Brahmastra".

Pada Rabu, dia telah kembali ke set dan disertai oleh bekas ahli gusti dan aktor Saurav Gurjar, yang menjayakan watak antagonis dalam filem tersebut.

"Brahmastra" merupakan sebuah filem fantasi adiwira terbitan Karan Johar dan diarahkan oleh Ayan Mukerji. Ia merupakan filem pertama daripada trilogi yang berada dalam perancangan penerbit.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Mouni Roy, Dimple Kapadia, Akkineni Nagarjuna dan ramai lagi.

Pada mulanya, filem "Brahmastra" dijadual untuk ditayangkan pada Hari Krismas tahun ini namun tarikh tayangannya ditunda hingga ke musim panas 2020.

(Sumber foto: SBS)

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide