Buletin
Syafiq Kyle dedah sisi lain dalam filem "Pusaka"


Tarikh disiarkan: 26 Julai 2019


Syafiq Kyle bakal berganding dengan Hafidz Roshdi dalam filem "Pusaka".

26 Jul – Pelakon Syafiq Kyle bakal kembali ke skrin lebar menerusi sebuah filem thriller psiko arahan Razaisyam Rashid berjudul "Pusaka".

Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Syafiq kini dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran di sekitar bandar Perak bersama pelakon gandingannya Hafidz Roshdi sebagai watak anggota polis Nuar dan Luqman.

Di samping itu, filem "Pusaka" juga menandakan debut pelakon Mimi Lana di layar perak. Bercakap mengenai hubungannya dengan Mimi, Syafiq berharap pihak luar memberi ruang kepada mereka serta tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.


Selain Syafiq dan Hafidz, antara pelakon yang akan membintangi filem itu ialah Faizal Hussein dan Fauziah Ahmad Daud.

Filem terbitan Astro Shaw itu dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2020.

Beralih ke perkembangan lain, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak bakal beraksi di pentas teater bersama Janna Nick pada bulan hadapan.

Menurut laporan sebelum ini, Syafiq berkata tujuan dia bersetuju untuk melibatkan diri dalam pementasan teater adalah untuk menimba pengalaman baru serta melebarkan portfolio seninya.

Teater tersebut merupakan sebuah naskhah terbitan penerbit tersohor tanah air, Erma Fatima.

(Sumber foto: Syafiq Kyle Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Melayu) (25 Oktober 2018)
Langsuir (Melayu) (20 September 2018)





Ticket Pricing Guide