Buletin
Syafiq Kyle bakal muncul dengan filem seram kedua


Tarikh disiarkan: 31 Mei 2019


Syafiq Kyle mahu beri kelainan dalam setiap lakonannya.

31 Mei – Pelakon Syafiq Kyle bakal muncul dengan filem seram keduanya arahan Razaisham yang akan memulakan penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya bakal terlibat dengan projek filem genre seram thriller arahan Razaisham selepas Aidilfitri nanti untuk Astro Shaw.

"Skrip filem seram thriller ini sangat menarik kerana ia memaparkan cerita mengenai paranormal dan kepolisan. Saya juga sanggup menghadiri proses uji bakat kerana mahu mendapat gambaran sebenar watak ditawarkan. Ia juga berbeza dengan naskhah seram yang pernah disajikan kepada penonton sebelum ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Syafiq bagaimanapun tidak dapat mendedahkan judul dan butiran lanjut mengenai filem itu kerana ia masih di peringkat awal.


Terdahulu, Syafiq membuat debutnya di layar perak menerusi filem seram "Langsuir" arahan Osman Ali yang mana dia bergandingan dengan Hannah Delisha sebagai peneraju.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai kerjayanya pelakon berusia 26 tahun ini mahu berehat seketika dari menjayakan watak ustaz selepas mencetuskan fenomena menerusi wataknya sebagai Ustaz Adam dalam drama "Nur" dan "Nur 2".

Menurut Syafiq, dia tidak mahu hanya dikenali menerusi watak ustaz sahaja sebaliknya mahu memberi kelainan dalam setiap lakonannya.

(Sumber foto: Syafiq Kyle Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Langsuir (Melayu) (20 September 2018)





Ticket Pricing Guide