Buletin
Syafiq Kyle nafi rampas tempat pelakon teater


Tarikh disiarkan: 23 Ogos 2019


Syafiq Kyle akui berlakon teater dapat mengasah bakat lakonannya lagi.

23 Ogos – Pelakon Syafiq Kyle tampil menyangkal dakwaan kononnya dia telah merampas tempat pelakon teater lain apabila dipilih untuk membintangi "Teater Melayu-Pawana" arahan pengarah tersohor tanah air Erma Fatima.

"Saya tidak rampas tempat pelakon teater kerana percaya pengarah Erma Fatima ada sebab tersendiri untuk memilih pelakon komersial seperti saya menerajui teater ini.

"Saya menganggapnya sebagai satu cabaran apabila ada pihak yang mempersoalkan pemilihan saya dalam teater ini bersandarkan populariti. Maklumlah, watak yang ditawarkan kak Erma kepada pelakon TV seperti saya adalah watak utama iaitu Raja yang memerintah dan naskhah ini juga berat," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Langsuir" ini berkata penglibatannya dalam pementasan teater buat pertama kali ini mampu mengasah lagi bakat lakonannya.


Selain Syafiq, teater ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datuk Afdlin Shauki, Janna Nick, Ozlynn Wati, Johan Raja Lawak, Azar Azmi dan Datuk Ziela Jalil.

Teater "Melayu-Pawana Isabella" ini akan mula dipentaskan bermula 21 hingga 31 Ogos ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

(Sumber foto: Syafiq Kyle Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Langsuir (Melayu) (20 September 2018)