Buletin
Syazwan nafi keluar kenyataan jadi mangsa pilih kasih stesen tv


Tarikh disiarkan: 18 Oktober 2019

Syazwan Zulkifly tampil buat penjelasan kerana tidak mahu timbul masalah dengan stesen tv pada masa hadapan.
Syazwan Zulkifly tampil buat penjelasan kerana tidak mahu timbul masalah
dengan stesen tv pada masa hadapan.

18 Okt – Pelakon Syazwan Zulkifly tampil menyangkal dakwaan kononnya dia membuat kenyataan mengatakan dirinya menjadi mangsa pilih kasih stesen tv yang mengutamakan jumlah pengikut di laman sosial berbanding bakat.

Menurut Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, dia faham artikel yang disiarkan itu berniat baik, tetapi jangan salah faham dengan mengatakan dia ada masalah dengan pihak stesen tv.

"Saya dapat tahu mengenainya selepas dimaklumkan pelakon Adam Shahz yang menghantar artikel itu menerusi aplikasi WhatsApp. Laporan itu menyebut saya dan Adam tidak mendapat tawaran berlakon kerana tidak mempunyai ramai pengikut di media sosial.


"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu, malah baru selesai menjalani penggambaran drama untuk siaran RTM. Selepas ini, ada dua lagi drama bersiri yang menanti untuk disiarkan di TV3," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon "Kron" ini tampil menjelaskan perkara sebenar kerana tidak mahu masalah timbul pula selepas ini dengan pihak stesen tv.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun itu turut mengulas luahannya yang kesal sekiranya amalan pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial, dengan berkata ia perlu berdasarkan bakat supaya lakonan yang ditampilkan berkualiti.

(Sumber foto: Syazwan Zulkifly Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Kron (Melayu) (22 Ogos 2019)
Wangi (Melayu) (5 September 2019)
Warkah (Melayu) (15 Ogos 2019)





Ticket Pricing Guide