Buletin
Taapsee Pannu bakal muncul dengan filem terbaru "Game Over"


Tarikh disiarkan: 18 Mei 2019


Taapsee Pannu janjikan kelainan dalam filem terbarunya "Game Over".

Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan turns 4!

18 Mei – Aktres jelita Taapsee Pannu bakal kembali dengan filem thriller terbarunya berjudul "Game Over".

Dalam filem yang akan dihasilkan dalam beberapa bahasa ini akan menyaksikan Taapsee akan membawa watak sebagai seorang pemain permainan video berkerusi roda perlu berdepan dengan 'satu' misteri.

Tiada butiran lanjut mengenai filem ini didedahkan, dan treler teaser rasmi filem itu juga tidak memberikan sedikit gambaran mengenai jalan cerita itu.


Dalam treler itu menyaksikan Taapsee seorang pemain permainan video tegar, namun pada satu hari dia mula diganggu oleh satu 'benda' misteri yang mengancam nyawanya.

Filem arahan Ashwin Saravanan ini akan mula menemui penonton di pawagam pada 14 Jun ini dalam versi Telugu dan Hindi.

(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Ashraf Nasser