Buletin
Tabu sah bakal bintangi "Bhool Bhulaiyaa 2"


Tarikh disiarkan: 17 November 2019

Tabu dan barisan pelakon lain akan mula menjalani penggambaran selama tiga bulan dalam masa terdekat ini.
Tabu dan barisan pelakon lain akan mula menjalani penggambaran selama tiga bulan
dalam masa terdekat ini.

17 Nov– Aktres popular Tabu telah disahkan bakal membintangi filem sekuel "Bhool Bhulaiyaa 2" arahan Anees Bazmee.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, pengesahan Tabu akan menyaksikan dia akan menyertai dua pelakon utama iaitu Kartik Aaryan dan Kiara Advani.

"Tabu dan pembikin filem itu telah mengadakan perbincangan dan aktres itu sangat menyukai skrip dan watak yang ditawarkan kepadanya dalam "Bhool Bhulaiyaa 2"," ujar satu sumber.

Mereka akan memulakan penggambaran tidak lama lagi yang akan berlangsung di London dan Rajasthan selama tiga bulan.


"Bhool Bhulaiyaa 2" adalah sekuel dari filem "Bhool Bhulaiyaa" yang mana sebelum ini ia diarahkan oleh Priyadarshan dan dibintangi oleh Akshay Kumar sebagai peneraju.

Sekuel ini menyaksikan ia diterbitkan oleh Bhushan Kumar, Murad Khetani dan Krishan Kumar di bawah T-Series dan Cine1 Studios.

Filem ini dijangka akan menemui penonton pada 31 Julai 2020.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Tabu Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide