Buletin
Tarikh rilis filem biopik "Sardar Udham Singh" diumumkan


Tarikh disiarkan: 18 Jun 2019


Vicky Kaushal bawa watak Udham Singh dalam filem biopiknya.

18 Jun – Tarikh tayangan filem arahan Shoojit Sircar "Sardar Udham Singh" telah diumumkan iaitu pada 2 Oktober 2020.

Filem biopik mengenai seorang revolusi India, Udham Singh, yang dikenali kerana keberaniannya membunuh bekas gabenor Punjabi, Michael O'Dwyer.

Pembunuhan ini dilakukan untuk membalas dendam bagi pembunuhan Jallianwala Bagh yang berlaku pada tahun 1919.

Vicky Kaushal akan memegang watak Udham Singh dan akan digandingkan dengan Nora Fatehi sebagai pasangan kekasih dalam sebuah lagu filem tersebut.


Menurut laporan dari IndiaTVNews, jadual pertama penggambaran telah selesai dijalankan dan akan diikuti dengan jadual kedua pada Oktober akan datang.

Lokasi jadual penggambaran terbaru akan diadakan di United Kingdom, Rusia, Eropah dan India Utara.

"Ya, kami akan meriliskan filem ini pada 2 Oktober 2020. Kami masih terikat jadual penggambaran selebihnya, pra-produksi serta masa yang diperlukan untuk menyiapkan filem itu.

"Jadi para penerbit dan rakan baik saya Ronnie Lahiri dan Sheel Kumar mencadangkan tarikh rilis ini dan saya telah memberi persetujuan," ujar Shoojit.

Sumber terdekat mendedahkan bahawa penggambaran mengambil tempoh selama empat bulan dan dijangka selesai pada Januari tahun hadapan.

Sebelum ini, para pembikin filem telah membuat cadangan untuk menonjolkan parut di muka Vicky dalam filem supaya sesuai dengan karakter Udham Singh.

Selain "Sardar Udham Singh", Vicky juga akan membintangi filem seram Karan Johar berjudul "Bhoot: Part One- The Haunted Ship" bersama Bhumi Pednekar.

(Sumber artikel: India TV News)
(Sumber foto: Biz Asia)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide