Buletin
Tasha Shilla bakal ke luar negara untuk lebarkan kerjaya seni


Tarikh disiarkan: 21 Oktober 2019

Tasha Shilla enggan dedah lokasi yang hendak ditujunya buat masa ini.
Tasha Shilla enggan dedah lokasi yang hendak ditujunya buat masa ini.

21 Okt –Pelakon sensasi Tasha Shilla memberitahu sudah tiba masa untuknya mengejar impian yang sudah lama dipendam iaitu melebarkan sayap kerjaya seninya di luar negara.

Untuk merealisasikan impiannya itu, dia sudah bersedia untuk meninggalkan negara tetapi enggan mendedahkan lagi negara mana yang akan dituju.

"Sama ada Hollywood atau lokasi lain, perkara itu akan saya maklumkan apabila sampai masanya nanti. Proses ke arah itu juga sudah saya lakukan termasuk berjumpa dengan orang yang tepat dan serius mencari peluang baru untuk saya kembangkan bakat.


"Sebenarnya banyak peluang besar yang menanti jika kita berusaha keras merealisasikannya. Paling penting, usaha itu perlu disokong," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Bravo 5" ini lagi, dia juga tidak kisah bermula sedikit demi sedikit asalkan tujuan asalnya dapat direalisasikan.

Walaupun mengakui sukar untuk mendapat kepercayaan penerbit dari luar negara, tetapi dia yakin pada rezeki.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, memulakan kerjaya seninya sejak berusia 12 tahun lagi dan tahun ini genap dua dekad aktres itu bergelar sebagai anak seni.

Tasha yang kembali aktif dengan lakonan setelah berehat seketika akibat masalah peribadi, telah membintangi beberapa buah drama dalam tahun ini antaranya, "Kamar Kamariah", "Mimpi Sabrina" dan "Kau Yang Pertama".

(Sumber foto: Tasha Shilla Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Bravo 5 (Melayu) (10 September 2015)
Rock Oo! Rimba Bara Kembali (Melayu) (28 Februari 2013)
Klip 3GP (Melayu) (13 Oktober 2011)





Ticket Pricing Guide