Buletin
"Think Big Big" bakal ditayangkan China 24 Mei ini


Tarikh disiarkan: 22 Mei 2019


Salah satu babak menarik dalam "Think Big Big".

22 Mei – Filem tempatan "Think Big Big" mencipta sejarah tersendiri apabila ia berjaya menembusi pasaran di negara Tembok Besar, China pada 24 Mei ini.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu bakal ditayangkan di 10,900 pawagam di China dengan 60,079 tayangan.

"Think Big Big" akan diedarkan oleh syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China iaitu China Film Group Corporation, Huaxia Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd.

Manakala bagi rangka kerja promosi, ia akan digerakkan oleh Beijing Aoweier Film & TV Culture Communications Co., Ltd.

"Sebagai pengkarya filem di Malaysia, saya teruja apabila dapat peluang keemasan untuk mempersembahkan "Think Big Big" buat penggemar dan penonton filem di China. Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di sana sama seperti mana penonton di Malaysia.


"Di zaman era serba canggih ketika ini, ada segelintir daripada kita yang suka memburu populariti di laman media sosial sehingga mengabaikan nilai-nilai murni. Saya harap elemen kejujuran yang diselitkan dalam filem ini mampu memupuk kita untuk lebih menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menghargai diri sendiri," ujarnya Chiu Keng Guan.

Terdahulu, filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas (GSC Cinemas), Multimedia Entertainment & MM2 Entertainment ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5.4 juta selepas ditayangan di Malaysia dan Brunei.

"Think Big Big" dibintangi oleh Serene Lim, Vivienne Oon, Ruby Yap, Moon Yoong dan ramai lagi.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Think Big Big (Mandarin) (15 Februari 2018)