Buletin
Tiger Shroff bakal jadi "Rambo" Bollywood


Tarikh disiarkan: 18 September 2019


Tiger Shroff bakal membawa watak Rambo seperti yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone.

18 Sep – "Rambo" merupakan salah satu filem ikonik Hollywood yang dibintangi Sylvester Stallone, dan kini pengarah Siddharth Anand telah mengumumkan filem "Rambo" versi Hindi akan direalisasikan.

Sehubungan dengan itu, Siddharth mendedahkan proses produksi dan penggambaran filem yang dibintangi Tiger Shroff itu akan bermula pada Mac 2020.

Seperti yang dilaporkan menerusi Gulf News, sebelumnya, pengarah itu telah melancarkan poster 'teaser' filem itu di Festival Filem Cannes 2017 yang dianjurkan di Perancis.

"Rambo adalah ikon global. Ketika kami melancarkan filem itu di Cannes, kami mendapati karakter itu membawa impak yang besar dan wartawan dari seluruh dunia ingin tahu apa yang kami bakal hasilkan dengan filem ini," ujar Siddharth.


Filem asal yang dibintangi Stallone itu berkisar mengenai John Rambo, seorang bekas tentera Pasukan Khas Amerika Syarikat dan veteran Perang Vietnam.

Tambah Siddharth lagi, memandangkan situasi itu tiada dalam sejarah India, maka dia bersama pihak produksi perlu melakukan perubahan besar dari segi watak, jalan cerita serta latar belakang filem.

Dalam pada itu, siri filem "Rambo" yang kelima berjudul "Rambo: Last Blood" arahan Adrian Grunberg akan ditayangkan di pawagam bermula 20 September ini.

(Sumber foto: Filmfare)
(Sumber artikel: Gulf News)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide