Buletin
Ujian Syawal buat Fasha Sandha dan suami


Tarikh disiarkan: 11 Jun 2019


Pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz tidak berputus asa dengan ujian yang diberi.

11 Jun – Pelakon Fasha Sandha dan suami berkongsi berita duka di pagi raya ke-enam selepas mengesahkan Fasha mengalami keguguran.

Pada Ramadan lalu, Fasha telah dikurniakan rezeki apabila mengumumkan dirinya hamil dan usia kandungannya pada ketika itu baru tiga minggu.

Fasha berterima kasih kepada para peminat atas semangat yang dikirim sepanjang kehamilannya serta memohon maaf kepada suami dan anak-anak menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram.


Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa punca keguguran adalah atas sebab tidak mendengar nasihat doktor yang menyuruh berehat dan tidak terlalu aktif.

"Saya tidak dengar nasihat doktor yang menyuruh berehat dan jangan terlalu lasak.

"Saya naik turun keretapi, jalan laju-laju,buat kerja sampai terlupa ada bayi kecik dalam perut ini. Saya tahu, saya bukanlah ibu yang terbaik," luahnya menerusi laporan yang dipetik dari KosmoOnline.

Dalam pada itu, suami kepada Fasha, Aidil Aziz redha dengan ujian yang diberikan buatnya dan isteri serta tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata selepas ini.

Dia menganggap mereka belum ada rezeki dan berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga untuk terus tabah.

Pasangan pelakon Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga di Perlis pada 30 Mac lalu.

(Sumber foto: Fasha Sandha Instagram)

Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Blok 404 (Melayu) (28 Jun 2018)
Badang (Melayu) (15 Februari 2018)
Dukun Doktor Dani (Melayu) (28 Julai 2016)