Buletin
Umie Aida maafkan Erra Fazira tapi tak akan berkawan semula


Tarikh disiarkan: 17 Jun 2019


Umie Aida kesal apabila dikhianati rakan baiknya lagi.

17 Jun – Baru-baru ini dunia hiburan kecoh dengan kontroversi di antara dua sahabat iaitu Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira selepas Umie mendedahkan dirinya dikhianati rakan baiknya sendiri, mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun kemelut itu tidak berlarutan, sebaliknya kedua-dua mereka sudah bertemu untuk menyelesaikan masalah itu.

"Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula... Maaf," ujar Umie yang dipetik dari BH Online.

Terdahulu, selepas pelakon "Jwanita" itu membuat pendedahkan di laman sosial mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi Erra pantas tampil membuat permohohan maaf secara terbuka kepada Umie.


Malah Umie juga berkongsi video pertemuan itu melalui IG Story miliknya semalam dengan berkata; "Semua salahkan saya kerana tak maafkan dia (Erra)..Ya Allah. Sekian terima kasih dan harap netizen tidak bercakap mengenai isu ini lagi. Semoga kita semua dalam rahmat-Nya..Amin."

Terdahulu, sebelum mereka bertemu Erra telah tampil membuat permohonan maaf di atas apa yang berlaku dan mengakui dirinya salah kerana menyakiti hati teman baiknya.

Erra juga mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama dia mengecewakan Umie sebaliknya kali ketiga.

Sementara itu, sehingga kini Erra mahu pun Umie mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi untuk cerita sebenar mengenai isu yang berlaku.

(Sumber foto: Ohbulan)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)
Warna Cinta Impian (Melayu) (31 Mac 2016)





Ticket Pricing Guide