Wan Hanafi Su kagum dengan pengarah "Bu" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Wan Hanafi Su kagum dengan pengarah "Bu"

Penulis: Ashraf Nasser


Wan Hanafi Su tiada masalah berlakon babak ranjang.

10 Apr - Pelakon veteran Wan Hanafi Su memberitahu dia kagum dengan pengarah muda Jeany Amir apabila berlakon di bawah arahannya untuk filem terbaru yang diberi judul "Bu".

Menurut Wan Hanafi, dia tidak berdepan sebarang masalah berlakon di bawah arahan pengarah muda itu dan tetap memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran berlangsung.

"Pertama kali bekerja di bawah arahan Jeany. Sebelum ini saya sudah mengenalinya dan nampak lingkungan rakannya. Oleh itu, saya tahu dia bijak dan seorang pengarah yang bagus.

"Saya tiada masalah bekerja dengan pengarah muda. Saya selalu akan katakan kepada mereka, dia adalah bos dan saya hanya seorang pelakon yang merealisasikan visual mereka. Gunakan saya sebaik mungkin untuk dapatkan apa yang mereka mahu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Polis Evo" ini berkata dia kini lebih bersikap terbuka untuk menerima apa sahaja watak yang diberikan.

Malah dia juga tidak kisah untuk menjayakan babak ranjang seperti filem "Laga" yang pernah menjadi isu panas di kalangan peminat.

Wan Hanafi berkata dia hanya akan melakonkan babak seperti itu sekiranya ia berkaitan dengan jalan cerita dan tidak mempunyai unsur seakan pornografi.

Sementara itu, selain Wan Hanafi filem "Bu" turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Nadiya Nisaa, Rashidi Ishak, Dian P Ramlee, Iedil Putra, Mawar Rashid, Remy Ishak dan Nadia Brian.

"Bu" akan menemui penonton bermula 11 April ini.

(Sumber foto: Kakimuvee)

Cinema Online, 10 Apr 2019

Filem Berkaitan:
Laga (Malay) (23 Jan 2014)
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Bu (Malay) (11 Apr 2019)
Lelaki Harapan Dunia (Malay) (27 Nov 2014)


Waktu Tayangan