Buletin
Zed Zaid terus terajui SENIMAN sepenggal lagi


Tarikh disiarkan: 18 November 2019


Zed Zaidi terus diberi kepercayaan untuk menerajui SENIMAN sepenggal lagi.

18 Nov – Pelakon Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali dengan Zed Zaidi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk sepenggal lagi.

Menurut laporan dari Bernama, Zed Zaidi terus diberi kepercayaan untuk menyambung tugasnya sebagai Presiden bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18 baru-baru ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Seniman iaitu Mohd Hafiz Mohd Nafiah yang menyatakan seramai 115 ahli SENIMAN hadir pada mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS Hulu Kelang.

Sementara itu, mesyuarat itu turut menyaksikan pelakon Zuraini Kassim menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz berkata selepas mesyuarat agung, barisan kepimpinan SENIMAN baru bakal mengadakan mesyuarat pertama mereka dalam tempoh terdekat bagi melantik tiga lagi exco tambahan.

(Sumber foto: Zed Zaidi Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide