Buletin
Zul Huzaimy tarik diri dari "Remp-It 2"


Tarikh disiarkan: 13 Ogos 2019


Zul Huzaimy turut tolak tawaran lumayan untuk bintangi filem terbaru arahan Farid Kamil.

13 Ogos – Pelakon dan pengarah Zul Huzaimy telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari terlibat dalam pembikinan filem aksi "Remp-It 2" sebagai pelakon dan pengarah bersama dengan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki berkata demikian kerana berasa kecewa apabila Farid ambil keputusan untuk menghasilkan filem itu sendiri.

"Berdasarkan perjanjian, Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem. Perjanjian turut menyatakan keuntungan "Remp-It 2" akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli.

"Saya juga ada menerima jemputan Farid sebagai pelakon dalam filem terbaru arahannya berjudul "Lagenda Budak Motor Cup Prix" yang mana bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika saya bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Zul lagi, Farid juga telah melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.


Jelasnya pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia juga turut menolak tawaran untuk berlakon dalam "Remp-It 2" kerana skrip filem itu bukan lagi berkisarkan dengan aktiviti permotoran.

Dalam pada itu, Zul turut kesal dengan tindakan suami kepada aktres Diana Danielle yang dikatakan menutup periuk nasi ribuan ahli kelab termasuk 15 pelakon.

"Remp-It 2" yang sudah pun menjalani penggambaran dijangka akan menemui penonton pada Mac 2020.

Ia dibintangi oleh Cat Farish, Dayana Roza, Achey, Mamat Raja Lawak, Kazar Saisi, Jaa Sazuran, Azlan Komeng, Amai Kamaruddin, Aiman Tino dan Black Hanifah.

(Sumber foto: officialfilm_amukankunti Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: