6 Animasi tempatan kini boleh ditonton di Amazon Prime | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

6 Animasi tempatan kini boleh ditonton di Amazon Prime

Penulis: Ashraf Nasser

Filem animasi terlaris di Malaysia iaitu
Filem animasi terlaris di Malaysia iaitu "Ejen Ali The Movie" juga akan ditayangkan
di Amazon Prime.

16 Jun – Berita gembira buat industri animasi tempatan apabila sebanyak enam judul animasi tempatan boleh ditonton di seluruh dunia menerusi platform penstriman video terkenal Amazon Prime.

Perjanjian bersama Amazon Prime itu menyaksikan sebanyak lima animasi di bawah Primeworks Distribution iaitu "Soccer Bugs", "Cingkus Blues", "Saladin", "Knowsy Nina Wants To Know", "Super Tots" dan "Ejen Ali" yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation. dan sebuah lagi animasi dari Janson Media.

"Pembabitan kami dalam menerbitkan "Ejen Ali" telah memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna yang mana kami selaku penerbit bersama, lebih memahami akan kesukaran dan pentingnya komitmen yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah siri animasi yang bermutu tinggi.

"Kami amat berbesar hati apabila kerjasama dengan negara luar dapat dicapai kerana peluang seperti ini adalah sangat penting bukan sahaja dari segi keuntungan pelaburan kewangan kepada industri animasi, tetapi juga satu pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan penceritaan animasi Malaysia. Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang maju," ujarnya Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios iaitu Ahmad Izham Omar.

Izham turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di atas sokongan mereka yang berterusan melalui bantuan kewangan, tunjuk ajar dan intel industri.

Dengan perjanjian ini, animasi-animasi tempatan ini juga boleh ditonton oleh pelanggan Amazon Prime di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand.

Cinema Online, 16 Jun 2020

Waktu Tayangan