Nabila Huda nasihat netizen guna sindiran | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda nasihat netizen guna sindiran

Penulis: Nisa Irina

Nabila Huda ajak individu yang degil untuk 'check in' hospital dan penjara.
Nabila Huda ajak individu yang degil untuk 'check in' hospital dan penjara.

6 Apr – Gara-gara terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Nabila Huda memuat naik video berbentuk sindiran untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik menerusi IGTV Instagram miliknya semalam dan rata-rata rakan artis serta para pengguna media sosial terhibur dengan gelagat Nabila atau lebih mesra disapa Abil.

"Abil nak beritahu kawan-kawan Abil yang suka keluar rumah tanpa sebab, tak mengapa. Don't stay at home. Abil nak ajak anda pergi bercuti! Kita 'check in' hospital. Di hospital nanti, doktor akan ambil darah anda dan cucuk tangan anda dengan jarum yang besar.

"Selepas itu doktor akan buat ujian dengan menggunakan tiup yang panjang dan masukkan ke dalam hidung hingga ke tekak. Anda teruja tak nak 'check in' hospital?

"Abil juga nak beritahu kawan-kawan Abil yang suka langgar perintah, tak mengapa, teruskan langgar perintah. Abil tahu mesti ramai yang rindu nak pergi bercuti kan? Sebab itu Abil nak ajak anda 'check in' penjara.

"Penjara itu seronok tau! Anda kena tukar pakaian warna ungu atau jingga, pakai selipar dan anda boleh tinggalkan semua kasut berjenama anda. Dalam penjara itu suasana usang dan gelap. Tandas pula anda kena cuci sendiri.

"Tak pernah lagi pergi bercuti kena cuci tandas sendiri. Abil pasti ibu bapa anda akan bangga sebab anda pandai cuci tandas sendiri. Jadi kawan-kawan, don't stay at home!" ujarnya menerusi video tersebut.

Sebelumnya, Abil telah menegur syarikat produksi yang masih meneruskan penggambaran sebuah telefilem walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan PKP dan menganggap isu tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Dalam perkembangan lain, Abil bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi dengan filem terbarunya berjudul "Rahsia" yang sudah selesai penggambarannya baru-baru ini.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Cinema Online, 06 Apr 2020

Filem Berkaitan:
M4M4 (Melayu) (06 Feb 2020)
Wangi (Melayu) (05 Sept 2019)
Makrifat Cinta (Melayu) (01 Feb 2018)


Waktu Tayangan