Nabila Huda tetap teruskan penggambaran ketika PKP | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda tetap teruskan penggambaran ketika PKP

Penulis: Ashraf Nasser

Nabila Huda bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Rahsia".
Nabila Huda bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Rahsia".

20 Mac – Pelakon terkenal Nabila Huda mendedahkan dia masih lagi meneruskan penggambaran sebuah telefilem walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin parah.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mengakui sedar dengan keadaan semasa negara dan PKP tetapi tidak boleh berbuat apa apabila pihak produksi masih lagi tidak memberi sebarang maklum balas, malah jadual penggambaran diteruskan.

"Malah, saya harus bekerja seperti tiada apa yang berlaku. Saya menerima 'call time' dan lokasi seterusnya. Saya lihat ramai teman artis menulis hari terakhir penggambaran, sebelum bersambung pada tarikh lain dalam laman sosial.

"Tetapi, saya pula masih di Kelantan meneruskan penggambaran seperti biasa. Dalam hati, syarikat produksi ini tiada perasaan ke? Saya melihat isu keselamatan ini tak kelakar dan masih dipandang ringan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Munafik" ini lagi, ketika situasi getir yang melanda negara produksi tidak sepatutnya memikirkan soal kerugian wang.

Nabila yang lebih mesra dengan panggilan Abil berkata demikian bagi mengulas kenyataan bapanya yang merupakan vokalis kumpulan rock lagenda tanah air SEARCH yang berang apabila anaknya masih lagi bekerja walaupun kerajaan telah keluarkan PKP.

Dalam perkembangan lain, Abil yang baru sahaja muncul dengan filem seram terbarunya "M4M4" yang mendapat sambutan hangat daripada penonton bakal muncul dengan filem terbarunya tidak lama lagi berjudul "Rahsia" yang baru sahaja selesai penggambaran di Pahang.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Cinema Online, 20 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Feb 2016)
M4M4 (Melayu) (06 Feb 2020)
Makrifat Cinta (Melayu) (01 Feb 2018)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article n English, CLICK HERE
Waktu Tayangan