Pelawak Abam Bocey disahkan meninggal dunia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pelawak Abam Bocey disahkan meninggal dunia

Penulis: Nisa Irina

Al-Fatihah buat arwah Abam Bocey.
Al-Fatihah buat arwah Abam Bocey.

10 Feb – Perginya seorang lagi penggiat seni dalam industri hiburan apabila pelawak dan pelakon terkenal Abam Bocey disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi ini.

Berita pemergian ini dimaklumkan sendiri oleh adik kepada Abam sendiri iaitu Ali, yang mana Abam tidak sedarkan diri ketika dikejut oleh isterinya, Nor Hidayah, untuk solat Subuh.

"Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

"Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia," ujar Nor Hidayah yang dipetik dari Astro Awani.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, hasil perkahwinannya dengan Nor Hidayah pada 2017.

Dalam pada itu, dua rakan karib arwah yang juga pelawak, pelakon serta ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, turut memuat naik rakaman di laman Instagram untuk mengumumkan berita mengejutkan itu.

Salam takziah buat seluruh keluarga Abam dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

(Sumber foto: Abam Bocey Instagram)

Cinema Online, 10 Feb 2020

Filem Berkaitan:
Jodoh Syaitan (Malay) (05 Mar 2020)
Isteri Untuk Dijual (Malay) (24 Dec 2015)
Hantu Bungkus Ikat Tepi (Malay) (09 Apr 2015)


Waktu Tayangan