"Ada Apa Dengan Dosa 2" bakal temui penonton tahun depan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Ada Apa Dengan Dosa 2" bakal temui penonton tahun depan

Penulis: Ashraf Nasser

Datuk Ayu Puteh luahkan kekecewaannya terhadap FINAS susulan tiada tindakan lanjut mengenai isu filem terbitannya dicetak rompak.
Datuk Ayu Puteh luahkan kekecewaannya terhadap FINAS susulan tiada tindakan lanjut mengenai isu filem terbitannya dicetak rompak.

3 Dis – Selepas mendapat sambutan memberangsangkan dan ulasan yang positif, penerbit filem popular Datuk Ayu mengesahkan bahawa dia akan menerbitkan sekuel "Ada Apa Dengan Dosa 2" (AADD2) pada tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, sekuel filem itu masih lagi di peringkat pra produksi dan dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan.

"Tahun depan saya ada dua buah filem terbaru iaitu sekuel "Ada Apa Dengan Dosa 2" dengan sebuah filem seram. Kedua-dua filem itu dijangka akan menelan belanja sekitar RM4 juta.

"Kemungkinan filem AADD2 akan menelan kos lebih sedikit kerana saya mahu buat penggambaran di luar negara namun belum tentukan negara manakah yang akan menjadi pilihan," ujarnya kepada Cinema Online baru-baru ini.

Terdahulu, filem AADD yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Fasha Sandha, Wanna Ali, Adam Corrie dan Fauziah Nawi ini mendapat pujian daripada penonton yang berpuas hati dengan lakonan mantap setiap pelakon.

Kejayaan filem arahan Rahila Ali itu telah menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetak rompak filem tersebut yang kemudian dijual di sebuah platform e-dagang popular serendah RM1.

Susulan itu, Ayu Puteh telah mengambil tindakan sendiri dengan memfailkan saman terhadap platform sebanyak RM50 juta kerana membenarkan penjualan filemnya.

Dalam pada itu, Ayu terus meluahkan kekecewannya terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) apabila sehingga kini tiada khabar berita mengenai kes cetak rompak filemnya sehinggakan dia terpaksa mengambil tindakan sendiri.

Malah dia juga kerap ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari jalan penyelesaian, namun masih hampa sehingga kini.

Ayu lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak berwajib bukan kerana mahu tuntut keadilan buat dirinya sahaja, tetapi untuk penerbit filem lain yang menjadi mangsa dan bakal menjadi mangsa cetak rompak pada masa akan datang.

(Sumber foto: Datuk Ayu Instagram)

Cinema Online, 03 Dis 2020

Filem Berkaitan:
Ada Apa Dengan Dosa (Melayu) (10 Sept 2020)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan