Adibah Noor tak sabar nak masuk set penggambaran "Kampung People 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Adibah Noor tak sabar nak masuk set penggambaran "Kampung People 2"

Penulis: Ashraf Nasser

 Adibah Noor yakin dia tidak akan berdepan masalah untuk jayakan watak Dona.
Adibah Noor yakin dia tidak akan berdepan masalah untuk jayakan watak Dona.

14 Jul – Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Adibah Noor meluahkan keterujaan dan tak sabarnya untuk masuk ke set penggambaran drama terbarunya iaitu "Kampung People 2" yang mana dia akan membawa watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein.

"Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

"Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak 'over' daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu melawan aksinya yang melampau itu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Adibah berkata dia yakin tidak akan berdepan dengan masalah untuk menjayakan watak Dona kerana dia sudah faham dengan perwatakan pelakon lain serta konsepnya berikutan dia merupakan penonton setia drama itu.

Selain Adibah dan Elly, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini turut mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

(Sumber foto: malaysiantalents)

Cinema Online, 14 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Mencari Rahmat (KKIFF) (Malay) (22 Jul 2017)
SEPET (24 Feb 2005)
Nasi Lemak 2.0 (Mandarin) (08 Sep 2011)


Waktu Tayangan