Aditya Roy Kapur & John Abraham bertembung dalam "Ek Villain 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aditya Roy Kapur & John Abraham bertembung dalam "Ek Villain 2"

Penulis: Nisa Irina

Sudah tentu peminat tidak sabar menyaksikan gabungan dua aktor hebat ini.
Sudah tentu peminat tidak sabar menyaksikan gabungan dua aktor hebat ini.

7 Jan – Filem aksi terbaru arahan Mohit Suri "Ek Villain 2" akan menampilkan gabungan dua aktor hebat iaitu Aditya Roy Kapur dan John Abraham.

Menurut laporan dari Times of India, filem itu bukanlah sambungan kepada "Ek Villain" lakonan Sidharth Malhotra, Riteish Deshmukh dan Shraddha Kapoor yang ditayangkan pada lima tahun lalu.

Sebaliknya, ia akan menceritakan kisah baru mengenai permusuhan dan pertembungan antara watak Aditya dan John, serta diselitkan dengan sebuah kisah cinta yang rumit.

"Buat masa ini, para pembikin filem sedang mencari seorang aktres terkenal untuk diangkat sebagai peneraju utama di samping kedua-dua aktor itu.

"Aditya dan John telah diperjelaskan mengenai idea projek Mohit itu tidak lama dahulu dan kedua-dua mereka teruja untuk membintangi filem ini memandangkan ia satu genre yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

"Skrip filem baru sahaja disiapkan baru-baru ini, diikuti dengan proses tandatangan projek oleh kedua-dua aktor tersebut," dedah satu sumber.

Filem itu menandakan kolaborasi ketiga Mohit bersama Aditya selepas "Aashiqui 2" dan "Malang", serta kerjasama antara Mohit dan John buat pertama kali.

Mohit akan terlibat dengan penggambaran filem "Malang", yang mana dia akan bertindak sebagai pengarah. Dia kemudiannya akan memulakan produksi "Ek Villain 2" selepas tamat penggambaran tersebut.

(Sumber foto: Wallpaper Flare & GQ India)
(Sumber artikel: Times of India)

Cinema Online, 07 Jan 2020

Waktu Tayangan