Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS

Penulis: Ashraf Nasser

Jika sebelum ini kontrak Ahmad Idham hanya untuk tempoh setahun, namun kali ini kontraknya sebagai CEO FINAS baharu dilanjutkan kepada dua tahun.
Jika sebelum ini kontrak Ahmad Idham hanya untuk tempoh setahun, namun kali ini kontraknya
sebagai CEO FINAS baharu dilanjutkan kepada dua tahun.

6 Jun – Penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri sekali lagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuatkuasa semalam iaitu 5 Jun.

Perkara itu diumumkan oleh FINAS menerusi satu kenyataan rasmi Pengerusi FINAS baharu iaitu Zakaria Abdul Hamid yang mengatakan Ahmad Idham akan akan menjawat jawatan itu sehingga 6 Jun 2022.

Terdahulu pengarah filem "Pencuri Hati Mr Cinderella" telah dilantik sebagai CEO FINAS pada Mac 2019 namun pada Disember lalu telah mengejutkan ramai apabila dia melepaskankan jawatannya lebih awal dari kontrak.

Ahmad Idham mendakwa dia terpaksa melepaskan jawatan lebih awal kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu tanpa mendedahkan siapa 'pihak' tersebut.

Dalam pada itu, Zakaria turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memberi peruntukan dana dan insentif untuk pembangunan semula sektor ekonimi industri kreatif negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

(Sumber foto: FINAS Facebook)

Cinema Online, 06 Jun 2020

Waktu Tayangan