Anushka Sharma nasihatkan orang ramai supaya tidak abaikan haiwan peliharaan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Anushka Sharma nasihatkan orang ramai supaya tidak abaikan haiwan peliharaan

Penulis: Nisa Irina

Anushka Sharma anggap filem "Phillauri" sebagai projek yang mencabar keberaniannya.
Anushka Sharma anggap filem "Phillauri" sebagai projek yang mencabar keberaniannya.

26 Mac – Dalam dunia sedang dilanda krisis kesihatan virus COVID-19, aktres Anushka Sharma menasihatkan orang ramai tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing.

"Dengan rasa rendah diri, saya ingin meminta kepada semua pemilik haiwan peliharaan supaya tidak mengabaikan mereka ketika krisis ini.

"Tolong lindungi dan jaga kebajikan mereka. Ia satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan jika anda abaikan mereka," tulisnya ringkas menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, Anushka turut meraikan kejayaan filem terbitannya "Phillauri" yang kini sudah masuk tiga tahun sejak ia ditayangkan.

Menurut laporan dari Times of India, Anushka menyifatkan ia sebagai sebuah projek yang unik dan mencabar keberanian dirinya kerana telah mempelajari pelbagai perkara baru sebagai pelakon.

"Secara peribadi, saya rasa bersemangat ketika melakonkan babak saya dalam filem ini. Ia sangat mencabar dan menyeronokkan.

"Banyak yang saya pelajari tentang penggambaran dan lakonan dalam filem yang kaya dengan teknologi," tambahnya lagi.

Selain "Phillauri", Anushka juga pernah bertindak sebagai penerbit bagi filem "NH10" (2015) dan "Pari" (2018) di bawah syarikat produksi miliknya Clean Slate Films.

Kali terakhir Anushka dilihat di layar perak adalah menerusi filem baru "Angrezi Medium" lakonan Irrfan Khan, yang mana Anushka membuat penampilan khas dalam lagu "Kudi Nu Nachne De".

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Anushka Sharma Instagram)

Cinema Online, 26 Mac 2020

Waktu Tayangan