Aishwarya Rai jadi pilihan pengarah untuk biopik Notee Binodini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aishwarya Rai jadi pilihan pengarah untuk biopik Notee Binodini

Penulis: Nisa Irina


Aishwarya Rai mungkin akan menjayakan watak aktres Bengali Notee Binodini.

24 Jan – Pengarah dan penulis Pradeep Sarkar meluahkan hasratnya untuk memilih selebriti terkenal Aishwarya Rai untuk membintangi filem biopiknya mengenai aktres Bengali kurun ke-19 Notee Binodini.

"Aishwarya merupakan pilihan saya untuk biopik ini. Saya ada menghubunginya pada beberapa bulan lalu. Dia menyukai jalan cerita yang dibentangkan dan memberi lampu hijau kepada projek ini.

"Ia berkisarkan tentang seorang wanita yang menyimpan impian untuk menjadi seorang penerbit. Pada hari ini kita mempunyai aktres yang menubuhkan syarikat produksi mereka sendiri tetapi kami ingin menceritakan era yang berbeza.

"Notee merupakan wanita pertama di Bengal yang ingin menubuhkan teater sendiri. Jatuh bangun dan impiannya yang tercapai akan menghasilkan sebuah kisah yang menarik. Saya harap semuanya berjalan dengan lancar," jelas Pradeep.

Menurut laporan dari Times of India, pada mulanya tawaran itu diberikan kepada Vidya Balan tetapi telah ditolak dan seterusnya Deepika Padukone, namun Pradeep masih menerima jawapan yang sama.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan buat masa ini memandangkan Aishwarya masih belum menandatangani projek itu secara rasmi.

Kali terakhir Aishwarya dilihat di layar perak adalah menerusi filem "Fanney Khan" pada 2018 dan mengalih suara watak Maleficent dalam filem Disney "Maleficent: Mistress of Evil" versi Hindi.

(Sumber foto: Celeb Mafia & Wikipedia)
(Sumber artikel: Times of India)

Cinema Online, 24 Jan 2020

Waktu Tayangan