Ajay Devgn beri bayangan "Singham 3" akan direalisasi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ajay Devgn beri bayangan "Singham 3" akan direalisasi

Penulis: Ashraf Nasser

Ajay Devgn akan buat 'cameo' dalam filem
Ajay Devgn akan buat 'cameo' dalam filem "Sooryavanshi" yang diterajui oleh Akshay Kumar.

7 Jan – Tidak dapat dinafikan filem kepolisan "Singham" yang diterajui oleh Ajay Devgn telah mencipta fenomenanya tersendiri yang mana ia dikatakan sebagai pengasas kepada 'Cop Universe' di sana.

Bagaimanapun, peminat berasa kecewa dan sedih apabila mendapat tahu filem "Sooryavanshi" lakonan Akshay Kumar merupakan filem terakhir francais tersebut.

Namun kekecewaan peminat mungkin akan terubat apabila Ajay telah memberi bayangan mengenai pembikinan filem "Singham 3".

Menurut Ajay, bayangan mengenai filem terbaru itu akan didedahkan dalam filem "Sooryavanshi" yang mana dia dan Ranveer Singh akan melakukan 'cameo' dalam filem tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ajay juga bakal terlibat dengan sebuah lagi filem terbaru berjudul "Golmaal 5" arahan Rohit Shetty.

Selain itu, dia kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya "Tanhaji – The Unsung Warrior" bersama Kajol dan Saif Ali Khan.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Yes Punjab)

Cinema Online, 07 Jan 2020

Waktu Tayangan