Akshay Kumar ingin ambil tindakan terhadap media yang laporkan berita palsu | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Akshay Kumar ingin ambil tindakan terhadap media yang laporkan berita palsu

Penulis: Nisa Irina

Akshay Kumar tak akan berkompromi dengan media yang melaporkan berita palsu.
Akshay Kumar tak akan berkompromi dengan media yang melaporkan berita palsu.

2 Jun – Bintang terkenal Akshay Kumar tampil menafikan berita palsu yang mengatakan dia telah menempah penerbangan sewa khas ke Delhi buat adik perempuannya Alka Bhatia bersama anak-anaknya.

Berita yang diterbitkan oleh sebuah media digital itu memetik kenyataan satu sumber bahawa Akshay telah menempah sebuah penerbangan penumpang untuk dijadikan penerbangan sewa khas.

Sehubungan dengan itu, Akshay memberi amaran kepada pihak media tersebut kerana melaporkan berita palsu serta ingin mengambil tindakan terhadap perbuatan mereka.

"Berita yang mengatakan saya menempah sebuah penerbangan sewa khas untuk adik saya dan dua orang anaknya adalah TIDAK BENAR dari awal hingga akhir.

"Dia tidak pergi ke mana-mana sejak Perintah Berkurung dilaksanakan dan dia hanya ada seorang anak!

"Saya terfikir untuk ambil tindakan, cukup-cukuplah melaporkan berita palsu!" tegasnya menerusi entri yang dimuat naik di Twitter baru-baru ini.

Terdahulu, Akshay juga telah menafikan sebuah berita palsu yang mengatakan syarikat produksinya akan mengadakan sesi uji bakat untuk video muzik lagu "Filhall Part 2".

Dalam perkembangan lain, Akshay mempunyai beberapa projek filem terbaru dalam tangan seperti "Bell Bottom", "Prithviraj", "Sooryavanshi", "Laxmmi Bomb", "Bachchan Pandey" dan "Atrangi Re".

(Sumber: Akshay Kumar Twitter)
(Sumber foto: Hindustan Times)

Cinema Online, 02 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan