"Alif & Sofia" animasi tempatan terbaru mula dapat perhatian | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Alif & Sofia" animasi tempatan terbaru mula dapat perhatian

Penulis: Ashraf Nasser

Adakah "Alif & Sofia" akan ke layar perak pula selepas ini? Sama-sama kita tunggu.
Adakah "Alif & Sofia" akan ke layar perak pula selepas ini? Sama-sama kita tunggu.

10 Mac – Selepas beberapa animasi tempatan berjaya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, kini sebuah lagi siri animasi terbaru tempatan yang mula mencipta nama di luar negara iaitu "Alif & Sofia".

Animasi terbitan Blindspot Studios dan Primeworks Studios ini mula mendapat perhatian peminat animasi di Indonesia sejak animasi itu tampil dengan versi bahasa Indonesia di saluran rasmi YouTube siri animasi itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Blindspot Studios, Lukman Nul Hakim, animasi terbitan studio mereka menyasarkan penonton kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

"Ia mendidik anak-anak mengenai perilaku yang baik, mengajar mengenai huruf jawi, cara berwuduk, bacaan dalam solat dan banyak lagi. Selain mengenai keagamaan, ada pelbagai mesej positif dalam siri ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu, siri animasi ini telah dilancarkan di Big Bad Wolf Jakarta 2020 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lukman berkata selain menghasilkan animasi dalam bahasa tempatan dan Indonesia, pihak mereka juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan "Alif & Sofia" dalam versi bahasa Inggeris pula selepas ini untuk pasaran Eropah.

Untuk pengetahuan pembaca, animasi "Alif & Sofia" ini juga boleh ditonton di kaca televisyen iaitu di TV3 pada setiap Ahad jam 10 pagi.

(Sumber foto: femagonline)

Cinema Online, 10 Mac 2020

Waktu Tayangan