Alif Satar kongsi perkembangan tahap kesihatannya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Alif Satar kongsi perkembangan tahap kesihatannya

Penulis: Nisa Irina

Alif Satar disahkan positif COVID-19 tidak bergejala pada Ahad lalu.
Alif Satar disahkan positif COVID-19 tidak bergejala pada Ahad lalu.

26 Nov – Pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar berkongsikan tahap kesihatannya yang kian pulih setelah hampir seminggu dirawat di sebuah pusat perubatan di Melaka akibat positif COVID-19.

"Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

"Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya okay," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut pelakon filem "Aliff Dalam 7 Dimensi" itu, dia terpaksa berehat sementara dari kerjaya seni sehingga keadaannya benar-benar pulih dan penggambaran drama terbarunya juga ditangguhkan buat masa ini.

"Saya terpaksa tolak dua program bersama RTM. Penggambaran drama "Penjara Janji" pula ditangguhkan. Saya juga akan terbabit dengan penggambaran filem pada 9 Disember ini," katanya.

Terdahulu, isteri dan tiga anak Alif telah melakukan ujian saringan COVID-19, di mana keputusannya adalah negatif.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum menjalani ujian saringan kedua.

Dalam pada itu, Alif memberitahu ibu bapanya kini sudah bebas dari COVID-19, sementara adik bongsu dan datuknya masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Selangor.

(Sumber foto: Alif Satar Instagram)

Cinema Online, 26 Nov 2020

Filem Berkaitan:
Aliff Dalam 7 Dimensi (Melayu) (08 Sept 2016)
Usin UFO (Melayu) (10 Mac 2016)


Waktu Tayangan