Amitabh Bachchan kongsi info cegah COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Amitabh Bachchan kongsi info cegah COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Amitabh Bachchan kekalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh kuarantin.
Amitabh Bachchan kekalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh kuarantin.

27 Mac – Susulan kerajaan melaksanakan Perintah Berkurung selama 21 hari, bintang veteran mengambil kesempatan untuk berkongsikan butiran mengenai virus COVID-19 dan langkah-langkah pencegahannya.

"Tahukah anda bahawa saintis China mendapati Coronavirus mampu hidup dalam bahan kumuh manusia selama beberapa minggu walaupun pesakit itu telah sembuh.

"Saya ingin menyeru kepada anda semua untuk sama-sama dalam membanteras penularan Coronavirus dengan mengamalkan tiga langkah ini.

"Pertamanya, jangan biarkan tandas anda terbuka selepas menggunakannya, kedua amalkan penjarakan sosial dan ketiga basuh tangan anda sebanyak mungkin selama 20 saat," ujarnya yang dipetik menerusi Times of India.

Video yang berdurasi lebih dua minit itu dikongsikan menerusi laman Twitter Bachchan dan menerima maklum balas positif dalam kalangan para peminat.

Dalam pada itu, Bachchan juga dilihat masih mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh kuarantin dan meluangkan masa untuk bersenam di gim peribadinya.

Sehubungan dengan itu, aktor berusia 77 tahun berkenaan turut menasihati orang ramai supaya kekal berada di rumah untuk mengelakkan jangkitan Coronavirus yang semakin meningkat.

Tahun 2020 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Bachchan memandangkan dia terlibat dengan tujuh buah projek filem seperti "Brahmastra", "Chehre" dan "AB Aani CD".

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: East Coast Daily)

Cinema Online, 27 Mac 2020

Waktu Tayangan