Amelia Henderson puas lakonannya beri impak pada penonton | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Amelia Henderson puas lakonannya beri impak pada penonton

Penulis: Ashraf Nasser

Amelia Henderson berterima kasih kepada pengarah kerana beri peluang untuk jayakan watak berat yang belum pernah dijayakannya.
Amelia Henderson berterima kasih kepada pengarah kerana beri peluang untuk
jayakan watak berat yang belum pernah dijayakannya.

31 Mac – Pelakon Amelia Henderson memberitahu dia bersyukur apabila lakonannya dalam drama berjudul "Rindu Yang Terindah" bukan sahaja berjaya memberi impak kepada penonton, malah ia telah berjaya meraih peminat baru selepas menonton drama itu.

"Peminat sentiasa menyokong drama yang saya bintangi dan mereka sangat gembira dengan kemunculan saya dalam drama "Rindu Yang Terindah" termasuklah berjaya memperkenalkan saya kepada peminat baru.

"Mungkin ada beberapa orang yang tidak pernah tengok saya berlakon di TV dan mereka tiba-tiba teruja melihat kemunculan saya menjayakan watak Airis dalam drama ini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai wataknya dalam drama arahan Emi Sufian, Amelia berkata watak Airis Warda merupakan sebuah watak yang cukup berat dan mencabar daripada watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Watak wanita malang yang dijayakannya itu telah menuntutnya berada dalam keadaan kesedihan sepanjang masa di set penggambaran.

Biarpun terpaksa mengharungi cabaran yang cukup besar sepanjang menjayakan watak ini, namun wanita berusia 24 tahun ini tidak kisah kerana percaya dia mungkin berjumpa watak seperti itu hanya sekali dalam kerjaya lakonannya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaurnya Amelia berkata dia sepatutnya sudah memulakan penggambaran drama terbarunya berjudul "Pengantin 1 Malam" bersama Nazim Othman, namun ia terpaksa ditunda berikutan kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

(Sumber foto: Amelia Henderson Instagram)

Cinema Online, 31 Mac 2020

Filem Berkaitan:
PISAU CUKUR (Malay) (05 Nov 2009)
Ribbit (Malay) (04 Sep 2014)


Waktu Tayangan